3 Golongan Mengisi Neraka Jahanam Selama Tujuh Kali Umur Dunia

Dari Ali bin Abi Talib: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia”. Mereka adakah:

1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

3. Orang yang alim tapi jahil

              Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa 3 golongan manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama 7 kali umur dunia.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula penciptaannya sehingga berlaku hari kiamat. Huraian untuk 3 golongan itu adalah seperti berikut:

a) Orang yang gemuk tapi kurus

~ Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama di akhir haidnya.

~ Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu perihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah.

~Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardhu wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis kenduri kendara.

~ Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang ditinggalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya, di samping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah tetapi ramai wanita tidak mengambil berat fidyah yang wajib ditunaikan.

~sebahagian wanita yang berkemampuan masih menangguh kewajipan menunaikan fardhu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong.

b) Orang yang berpakaian tetapi telanjang

~Wanita yang cukup pakaian tetapi tidak taat pada agama seperti wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan di dada.

~Mereka seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang). Sesuailah dengan hadis Nabi yang mengatakan wanita berpakaian seksi tidak mencium bau syurga. Rasulullah bersabda maksudnya:”Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya; lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan lenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian”. (Hadis Riwayat Muslim)

c) Orang yang alim tapi jahil

~Ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi.

~Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah.

~Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

~Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal, antaranya mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu tertentu atau kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

~Selain itu, takut kepada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu itu supaya manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan hidup.

~Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan diharamkan Allah atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya, maka ulama seperti itu amat di benci olah Allah.

Marilah kita menginsafkan diri dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah. Buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi mukmin yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah. Kita diberi pilihan untuk memilih jalan yang lurus atau bengkok. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga, sedangkan jalan yang bengkok adalah jalan menuju neraka.

Oleh: Datuk Mohd Zawawi Yusoh

By nuraminamyblog

~Jika Anda Rindukan Seseorang~

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

” Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥”

✿~ Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada sahabat-sahabat kita.. :-)~✿

By nuraminamyblog

~ Apabila Anda Marah~

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak.
Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

::Tapi janganlah kita terlampau diam tanpa berusaha untuk menanganinya::

By nuraminamyblog

~ Mengapa Salahkan Takdir? ~

Kita selalu mendengar rungutan dan kesalan dari bibir-bibir manusia yang mengatakan “sudah takdir nak buat macam mana”. Sedarkah anda kata-kata itu umpama satu rajukan kita pada Maha Esa? Mengapa anda salahkan takdir sedangkan anda sendiri yang melakukannya, yang membuat keputusannya!

“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia,

maka semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala)

sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu

memanjatkan doa untuknya”.

(Riwayat Muslim)

Ingatlah, musuh utama kita adalah SYAITAN. Kita seringkali lupa pada syaitan walaupun kita mempercayai kewujudan syaitan yang telah bersumpah akan menghancurkan umat Nabi Muhammad saw. Manusia hanya pandai menunding jari pada takdir. Sedangkan takdir itu kembali pada siapa?…Allahu Akhbar!

Bukti Allah sayangkan kita, Allah beri kita akal. Untuk apa? Untuk berfikir yang memerlukan kita menuntut ilmu. Tapi berapa ramaikah yang menuntut ilmu kerana Allah? Kebanyakkan hanya menuntut ilmu untuk mengejar sehelai kertas yang di cop Degree, Master dan PHD. Jadi tidak hairanlah mereka pun senang di goda syaitan walaupun belajar tinggi.

Allah bagi kita akal untuk mencari ilmu sehingga kita mengenal diri kita, mengukuhkan iman kita. Sehingga kita dapat berfikir yang mana baik dan yang mana buruk serta menguatkan lagi iman dan akidah kita. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah antara para hambaNya hanyalah orang yang berilmu”. (surah Fatir:28)

Allah tidak zalim pada hambaNya, buktinya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat hambaNya. Kerana Allah tahu,hambaNya dimusuhi syaitan. Sebab itulah Allah beri kita akal, iaitu satu bekalan untuk kita didunia dalam melawan musuh-musuh Allah. Dan orang yang berjaya, syurga lah hadiahnya.

Oleh itu, marilah kita semua memperbanyakkan mencari ilmu, baik di institusi-institusi tinggi, kitab-kitab, alam maya, secara face to face atau sebagainya. Dan sedarlah, syaitan sentiasa mencari ruang di hati kita apabila kita lemah. Dan kita tidak sedari bahawa kita telah mengikut tipu daya syaitan sehingga kita melakukan kemungkaran dan kemudharatan pada diri kita sendiri. Apabila kita tersedar, kita menyesal dan mengatakan itu takdir. Sedangkan Allah telah menyedarkan kita dari tipu daya syaitan, sepatutnya kita patut bersyukur pada Allah telah membuat kita sedar, dan kita seharusnya banyak berdoa pada Allah agar dikuatkan iman dan diampunkan dosa kita. Itulah sebaiknya, bukan menyesal dan meyalahkan takdir.

:: Ya Allah, Jauhilah Aku Dari Godaan Syaitan ::

By nuraminamyblog

~kisah:Tempayan Yang Retak~

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah; daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan membuat kerja-kerja di dapur.

Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang -alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.

Demikianlah berterusan selama setahun lebih. Suatu hari, tempayan yang retak itu merasa sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.

“Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sangat sedih”, kata tempayan dengan penuh kesal.

“Kenapa kamu cakap macam tu? Kenapa kamu sedih?” tanya lelaki itu.

“Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini”.

“Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan”.

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya. Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.

“Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?” soal lelaki tersebut.

“Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku”, jawab tempayan yang retak itu.

“Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?”

“Tentulah kamu”.

“Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan”.

Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak…..:-)

p/s: Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah  dengan caranya sendiri.

Edit: Majalah Solusi

By nuraminamyblog

~Korban Istikharah Cinta~

Saranan Rasulullah SAW  sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas: “Apabila kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka beristikharahlah kepada Allah sebanyak tujuh kali. Kemudian lihatlah apa yang terlintas dalam hati kamu, maka itulah yang ada kebaikannya”.

Istikharah adalah manifestasi ketaatan dan adaab sopan seseorang hamba terhadap penciptaNya. Dengan mengajukan permohonan kepada Allah sebelum melakukan pekerjaan, seorang hamba itu sebenarnya mempamerkan akhlak orang beriman, beramal soleh dan merendah diri dihadapan Tuhan yang menjadikannya.

Namun demikian, fenomena pada masa kini telah melakukan kesilapan dalam memahami makna istikharah itu yang sebenar. Sebagai contohnya ;

Kes 1:

Selepas bercinta lebih 3 tahun, Fatimah (bukan nama sebenar) sangat bahagia apabila teman lelakinya menghantar rombongan meminang dan mengikat tali pertunangan. Saban hari, dia menghitung waktu menantikan tibanya saat bahagia diijabkabulkan dengan insan tersayang. Namun mengejutkan, ketika hari pernikahan yang dinantikan tidak sampai sebulan lagi, tunangnya meminta hubungan mereka diputuskan. Sudah tentu bukan sedikit tekanan yang dialami oleh Fatimah yang tidak mengerti salah silapnya. Beban aib juga terpaksa ditanggung oleh keluarganya gara-gara dia putus tunang. Namun yang lebih membingungkannya ialah si lelaki memberi alasan istikharah sebagai penyebab hubungan mereka putus.

Inilah akibat dari kesilapan memahami istikharah sehingga membawa kepada perbuatan yang jauh lebih memudharatkan. Masakan petunjuk daripada Allah menganjurkan agar seorang hamba memutuskan pertunangan secara mendadak. Bayangkan dosa yang dilakukan ekoran daripada petunjuk sonsang yang diamalkan; seorang wanita tidak berdosa diaibkan dan dizalimi, seluruh keluarga terjejas maruah dan harga diri, dan terpaksa menanggung kerugian yang bukan sedikit. Dalam kes seperti ini, istikharah tidak digunakan sebagai panduan memohon petunjuk Allah, sebaliknya ia digunakan sebagai “memaksa” Allah membuat keputusan untuk mereka. Ia juga sebagai alasan lelaki dayus yang tidak mempunyai keberanian meneruskan perkahwinan dan memikul tanggung jawab atau memutuskan pertunangan!

Kes 2:

Sudah berpuluh kali saya melakukan solat istikharah, tetapi belum mendapat apa-apa mimpi yang berkaitan? Saya sudah banyak kali melakukan istikharah, tetapi wajah tunang saya tidak muncul juga, sebaliknya wajah wanita lain yang muncul. Mungkin jodoh saya bukan dengannya, tetapi dengan wanita lain.

Demikian senario lucu sekitar persoalan istikharah yang sering didengar dari kalangan sahabat dan keluarga. Apakah setiap keputusan yang betul itu perlu disahkan melalui mimpi? Hebat sangatkah ibadah kita ini sehingga setiap perkara perlu Allah sampaikan melalui mimpi seperti para nabi? Bagaimana menentukan mimpi yang dialami adalah petunjuk Tuhan bukan mainan syaitan?

Senario beramal tanpa ilmu seperti ini kian membarah dalam soal istikharah ini. Ramai berharap Allah memberikan petunjuk seperti “lampu isyarat” dijalan raya. Menggunakan mimpi kononnya sebagai petunjuk yang Allah utuskan bagi memberikan keputusan yang tepat, membuka banyak ruang kekeliruan dan tipu daya syaitan. Tiada jaminan melalui al-Quran atau hadis bahawa sesiapa mengerjakan istikharah , dia akan mendapat mimpi yang benar daripada Allah, bukannya syaitan.

Seorang muslimah misalnya, apabila dilamar seorang lelaki, perlu melakukan penyelidikan dan kajian terhadap calon yang meminang. Kajian yang dilakukan dengan bantuan ibu bapa atau orang lebih dewasa merangkumi aspek agama, budi pekerti, akhlak, usia, kemampuan kewangan dan keserasian. Soal hati juga menjadi penilaian. Ketika ini juga solat istikharah dilakukan. Kecenderungan hati yang didasari penyelidikan yang jelas dan dibantu pula dengan solat istikharah memberikan jawapan yang lebih tepat kepada keputusan yang dibuat. Sekiranya masih belum dapat memberikan kata putus, solat istikharah perlu terus dilakukan dan penyelidikan juga perlu dipertingkatkan.

Keputusan yang dicapai melalui dua kaedah ini sangat membantu seseorang berpegang dan reda dengan keputusannya. Ia juga bagi mengelak sangkaan buruk kepada Allah apabila pilihan yang dibuat berdasarkan “petunjuk Tuhan” ini diuji dengan masalah. Perkahwinan yang diputuskan dengan istikharah tidak sunyi daripada ujian rumah tangga lain, malah perkahwinan ini mungkin berakhir dengan tragedi penceraian. Apakah seseorang itu akan menyalahkan Tuhan diatas petunjuk salah yang diberikan?

Kesimpulannya, kita sendiri bertanggung jawab membuat keputusan  dan tidak “memaksa” Allah memberikan petunjuknya. Istikharah bererti kita menyertakan reda Allah dalam melakukan keputusan. Terpulang pada Allah menentukan apa yang berlaku dengan keputusan yang diambil.

 

Edit: Majalah Fardhu Ain

By nuraminamyblog

~Nilai Hati Disisi Allah~

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasululullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut”.

Allah bertanya: “Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?” Orang itu menjawab: “Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh”.

Allah berfirman: “Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani”. Dan sememangnya orang ramai menyebutnya begitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya: “Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”

Dia menjawab: “Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran”.

Allah berfirman: “Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)”. Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya: “Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?”.

Dia menjawab: “Aku membelanjakannya ditempat-tempat yang engkau kehendaki”.

Allah berfirman: “Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan”. Dan sememangnya orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Pengajaranya ialah, Allah telah berikan setiap manusia itu kelemahan dan kelebihan. Cuma terpulang kepada kita untuk mensyukuri segala nikmat di atas kelebihan yang kita perolehi itu, dan merasa kehambaan diatas kelemahan yang kita perolehi. Oleh itu, marilah kita semua sama-sama memperbtulkan niat kita. Sesungguhnya Allah memandang Hati manusia.

By nuraminamyblog

::Pesanan Buat Suami::

             

                  Suami adalah ketua keluarga, sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud :”Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah swt telah melebihkan orang laki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita”. (Surah Al-Nisa’ : 34)

                   Tapi perlu baca dan fahami ayat tersebut hingga habis. Penghujungnya ada tambahan; “…dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. Bermaksud kalaulah anda sebagai suami gagal untuk memberikan nafkah yang patut dan wajar kepada isteri dan anak-anak, anda tidak layak mendabik dada kerana memegang status ketua keluarga.

                    Menjadi ketua keluarga juga bermaksud anda perlu jadi pelindung kepada isteri dan anak-anak anda. Jika anda sendiri bertindak memberikan tekanan kepada mental isteri dan anak-anak, anda telah gagal berperanan sebagai ketua keluarga!

                      Memang benar suami ketua keluarga, tetapi suami bukan bos besar yang boleh menengking atau marah-marah sesuka hati. Bos besar pun takkan cakap lepas sesedap hati kalau reti dan faham status diri.

                      Anda takkan jadi bos besar kalau tiada anak buah lain yang membantu anda. Samalah juga dengan suami, anda takkan mampu menjadi ketua keluarga yang hebat jika tidak dibantu oleh isteri dan anak-anak.

                      Allah swt menetapkan suami sebagai pemimpin bukan sebagai tiket atau lesen bagi para suami untuk bersikap seperti seorang diktator, zalim, sombong serta berkeras terhadap isteri. Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”. (Surah Al-Nisa’ : 19)

                        Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”. (Hadis Riwayat  Al-Tirmizi).

Dari majalah MW.

By nuraminamyblog

~ kEmAnIsAn ImAn~

Orang yang beriman itu adalah mereka yang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt. Serta mereka percaya dan yakin kepada Allah swt.

Akan tetapi sedarkah kita, sesuatu perbuatan yang kita selalu lakukan atau dikatakan menjadi tabiat lama kelamaan kita akan merasakan ia suatu yang biasa pada diri kita nanti. Sebagai contoh, kita selalu mengamalkan minum air masak pada waktu pagi. Mula-mula kita merasakan itu adalah petua kesihatan, tapi lama kelamaan kita sudah rasa biasa dan tidak menganggapnya apa2 lagi. Begitu juga dalam beribadat, solat 5 waktu adalah kewajipan kita untuk menunaikannya. Sebagai orang Islam kita akan menunaikannya kerana ia adalah kewajipan. Tapi lama2 kita akan merasakannya suatu yang biasa serta tiada rasa kemanisan lagi.

Oleh sebab itu, Allah uji orang yang beriman sebab Allah mahu orang yang beriman itu selalu mengingatinya. Maka janganlah kita mengeluh dengan mengatakan aku sudah beriman dan berbuat apa yang disuruh, tapi kenapa lagi aku diuji? Ini kerana Allah tahu akan hambanya, tapi kita sebagai manusia akan terus lalai dan leka melainkan dikejutkan oleh Allah swt.

:: ❤ Bersyukur lah jika diuji oleh Allah, tanda Allah sayangkan kita agar kita selalu mengingatiNya <3::

By nuraminamyblog

~PEMBENTUKAN PERSONALITI~

 

  • PENGERTIAN PERSONALITI

Iaitu ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat di perhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu ketika.

  • JENIS-JENIS PERSONALITI

Carl Jun (1875) mengatakan bahawa personality terbahagi kepada 3:-

  1. a.      Extrovert : lincah, cakap banyak, inovatif, aktif, bersosial, optimis
  2. b.      Introvert : pendiam, pemalu, tidak yakin, sosial terhad, suka bersendiri
  3. c.       Ambivert  : gabungan extrovert dan introvert
  • PERANAN GURU DALAM MEMBANTU KANAK-KANAK INTROVERT

Antara peranan guru ialah:-

  1. Libatkan murid dalam program yang banyak pergerakkan
  2. Kaunseling dan motivasi
  3. Banyakkan aktiviti kumpulan
  4. Beri galakkan, penghargaan, jawatan-jawatan penting, dan sebagainya
  5. Guru memberi perhatian yang lebih sedikit daripada kanak-kanak lain
  • FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA PERSONALITI YANG BERBEZA

Faktor-faktor wujudnya personality yang berbeza terbahagi kepada 2:-

a)      Perspektif islam

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa faktor-faktornya ada 3, iaitu:-

  1. i.                    Hati

Qalbun: extrovert

Lubbun: introvert

Fuddan: ambivert

  1. ii.                  Akal

Kanak-kanak (fikir dan lihat) : introvert

Dewasa (fikir,lihat,analisis) : ambivert

Tua (fikir,lihat, analisis lebih mendalam) : extrovert

  1. iii.                Nafsu

Amarah : introvert

Mardhiah : extrovert dan ambivert

Kamilah : ambivert (untuk para Rasul)

Menurut Imam Al-Ghazali juga, tahap berfikir manusia ada 3:-

  1. Akal taakul (sederhana) : extrovert
  2. Akal tadabbur (lebih tinggi) : ambivert
  3. Akal biasa (lemah) : introvert

b)      Perspektif barat

Sigmund Freud (1856-1936) , mengatakan bahawa faktor-faktor personality berbeza ada 3:-

  1. i.                    Id (sedar)

Iaitu personaliti yang melibatkan prinsip kenikmatan dan kepuasan semata-mata.

Prinsip personaliti:-

  1. Mempunyai hubungan naluri dengan individu
  2. Disorong oleh psikoanalisis bawah sedar
  3. Wujud secara semulajadi
  4. Berorientasikan kepuasan

Contoh: minum, berjalan, membaca buku

  1. ii.                  Ego (pra sedar)

Iaitu menggunakan prinsip realiti, nyata, jelas, releven

Prinsip personaliti:-

  1. Melibatkan persepsi seseorang tentang harga diri
  2. Terbentuk daripada pengalaman
  3. Tidak wujud secara semula jadi
  4. Berkembang berperingkat
  5. Mempengaruhi personality seseorang

Contoh: tidak perasan sesuatu yang berlaku, tapi bila focus boleh ingtanya kembali.

  1. iii.                Superego (bawah sedar)

Iaitu menggunakan prinsip moral

Prinsip personaliti:-

  1. Melibatkan fikiran bawah sedar yang menyedarkan seseorang tentang baik dan buruk
  2. Rasa bersalah jika buat silap
  3. Terarah kepada nurani hati
  4. Impak asuhan ibu-bapa, belajar dari masyarakat, nilai daripada apa yang di lalui
  5. Penentuan tingkah laku moral

Contoh: mimpi, khayal, melatah

 

 

By nuraminamyblog