~KeLeBiHan SoLaT SuNaT DhuHa~

Solat Dhuha
Firman Allah Di Dalam Surah Ad-Dhuha, Ayat 1-5
1.Demi waktu dhuha, 2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi – 3.(bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik). 4.Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 5.Dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda – berpuas hati.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). “Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.Hal Ini berdasarkan Hadits dari Abu Hurairah r.a, katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

KeLebiHaN..!!!
Nabi SAW bersabda bermaksud :
-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah
– Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat
– Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut
– Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
– Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).

Doa Solat Sunat Dhuha
Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecatikannya Kecantikan-Mu, Keindahannya Keindaha-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu, Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah, Jika Rezeki Masih Di Langit, Trunkanlah
Jika Di Bumi Keluarkanlah, Jika Sukar Permudahkanlah
Jika Haram Sucikanlah, Jika Jauh Dekatkanlah
Berkat Waktu Dhuha, Kecantikan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Mu
Limpahkan Kepadaku Segala Yang Engkau Telah Limpahkan
Kepada Hamba-Hambu-Mu Yang Soleh

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s