~kisah:Tempayan Yang Retak~

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah; daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut, termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah dan membuat kerja-kerja di dapur.

Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang -alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu sudah retak. Kesannya, air yang diangkut akan berkurang kepada hampir separuh tempayan. Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.

Demikianlah berterusan selama setahun lebih. Suatu hari, tempayan yang retak itu merasa sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu.

“Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini saya tidak mampu menjalankan peranan dengan baik. Saya rasa sangat sedih”, kata tempayan dengan penuh kesal.

“Kenapa kamu cakap macam tu? Kenapa kamu sedih?” tanya lelaki itu.

“Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini”.

“Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan”.

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya. Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.

“Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?” soal lelaki tersebut.

“Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku”, jawab tempayan yang retak itu.

“Kamu tahu wahai tempayan. Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari?”

“Tentulah kamu”.

“Tidak, kamulah yang menyiramnya. Air yang meleleh keluar itulah yang menyiram bunga-bunga itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan”.

Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yang retak…..:-)

p/s: Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing-masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah  dengan caranya sendiri.

Edit: Majalah Solusi

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s