~kisah sahabat: Al-Ahnaf Pemaaf~

 Al-Ahnaf bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau digelar “Abu Bahr berasal dari Bani Tanim”.  Dia dipanggil “al-Ahnaf” kerana kecacatan di kakinya.

Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w. Betapa harumnya nama al-Ahnaf sehingga diumpamakan, “Lebih lemah lembut berbanding al-Ahnaf (ahlam min al-Ahnaf)”.

Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan mengeji al-Ahnaf. Apa tindak balasnya? Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak membalas kejian dan makian tersebut. Kejian dan makian tersebut tidak diendahkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap mengikut langkah kakinya dan terus mengutuknya. Lagak al-Ahnaf masih seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya tadi lantas berkata: “Jika masih ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-kata mu dan mula menyakitimu”.

Dalam kisah yang lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya. Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan menghina al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf berkata kepadanya: “Ini dia makanan tengah hari kami. Jom makan bersama kami”.

Ajakan al-Ahnaf itu sungguh-sungguh ikhlas dari hatinya. Bukan ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu. Usahanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sia-sia dan tidak bermanfaat pun.

Demikianlah akhlak al-Ahnaf yang lemah lembut, pemaaf, tidak berdendam dan tidak baran, malah berhikmah dalam menghadapi sebarang situasi.

Dipetik dari: Majalah Solusi

p/s: senjata orang mukmin adalah sabar…orang yang dapat menahan sabarnya adalah orang paling berjaya. Sama-sama lah kita ambil iktibar dari cerita sahabat diatas.

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s