~Dimana Nilai Cinta~

Semua orang ingin dicintai dan mencintai…

Begitulah yg dialami oleh Angel dan David, mereka telah menyulam cinta sejak dari bangku sekolah…cinta mereka sungguh bahagia…banyak kenangan antara mereka, suka dan duka dilalui bersama dengan penuh kekuatan…sehingga tamat belajar,mereka bersepakat untuk berkahwin.

Walaupun masih belum mempunyai kerjaya yg tetap, mereka bahagia dengan cinta mereka. Dengan cinta mereka,walaupun susah mereka tetap bahagia…walaupun terpaksa berkongsi makanan, tempat tinggal yg tiada kemudahan…tapi bagi mereka, asalkan mereka tetap bersama,semua itu sudah tidak penting lagi..yg penting cinta antara mereka sangat kuat.

Pada suatu hari, David memberitahu kepada Angel, “mulai hari ini,saya ingin bekerja kuat..saya mahu menjadi kaya,untuk awak jugak”. Angel terima kata-kata David dengan senang hati, tapi bagi Angel kekayaan tidak penting baginya. Yang penting adalah cinta dan kasih sayang antara dia dengan suaminya.

Lama kelamaan, kata-kata David menjadi kenyataan. Dia telah menjadi orang bisnes yang sangat terkenal…namun dia sudah tidak ada masa lagi untuk Angel. Angel hanya keseorangan dirumah, bila David pulang terus tidur kepenatan. Jiwa Angel terasa kosong, terasa cinta dan kasih sayang antara mereka berdua pudar. Sudah tiada lagi gelak ketawa, berkongsi cerita dan makan bersama…Tapi David tetap ingat hari penting mereka berdua dengan memberi hadiah walaupun tidak dapat meraikan bersama,itu yang membuatkan Angel rasakan yang David masih mencintainya.

Tidak lama kemudian, Angel dapat tahu David bermain dengan perempuan lain. Sungguh sakit hatinya. Lebih-lebih lagi David sudah berani membawa wanita itu pulang ke rumah. Angel sangat stress, jiwanya terganggu. Hendak berpisah, cintanya begitu kuat terhadap David. Dia tidak boleh hidup tanpa David.

Akhirnya Angel mahu membalas dendam terhadap suaminya, Angel membawa pulang seorang lelaki kerumahnya semasa suaminya ada. Dia mahu tengok reaksi suaminya. Alangkah sedihnya hati Angel bila suaminya berkata, “Awak boleh buat apa yg awak suka, dan saya boleh buat apa yg saya suka. Tapi saya takkan ceraikan awak”. Angel makin tertekan.

Sudah puas Angel berfikir untuk hilangkan tekanannya, dia sudah rasa sangat letih. Akhirnya dia nekad hendak balas dendam kepada suaminya, mahu mati bersama suaminya. Biar selesai segala masalah.

Hari yang di tunggu telah sampai, dia sudah sediakan minuman beracun untuk suaminya. Sebelum itu,dia meminta kepada suaminya untuk bersembang kerana sudah sangat lama mereka tidak berbuat demikian.”Sudah lama awak tidak menyanyikan lagu kita kepada saya”.David pun menyanyikan lagu itu, terharu hati Angel rupanya suaminya masih ingat.Tapi Angel masih nekad mahu meneruskan rancangannya. Dia cuba untuk berikan minuman itu pada suaminya,tapi tidak sampai hati…akhirnya, dia minumnya sendiri…………

Buat Suamiku,

Aku terlalu menyayangimu,,,aku tidak sanggup membalas dendam kepadamu. Oleh itu, biar lah aku pergi dari hidupmu…agar kau bahagia tanpa diriku.

Suaminya rasa sangat menyesal dan rasa bersalah seumur hidupnya…..

P/S: Buat para pembaca, adakah dengan membiarkan orang yang kita sayang rasa bersalah itu dinamakan cinta?

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s