::Pesanan Buat Suami::

             

                  Suami adalah ketua keluarga, sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud :”Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah swt telah melebihkan orang laki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita”. (Surah Al-Nisa’ : 34)

                   Tapi perlu baca dan fahami ayat tersebut hingga habis. Penghujungnya ada tambahan; “…dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. Bermaksud kalaulah anda sebagai suami gagal untuk memberikan nafkah yang patut dan wajar kepada isteri dan anak-anak, anda tidak layak mendabik dada kerana memegang status ketua keluarga.

                    Menjadi ketua keluarga juga bermaksud anda perlu jadi pelindung kepada isteri dan anak-anak anda. Jika anda sendiri bertindak memberikan tekanan kepada mental isteri dan anak-anak, anda telah gagal berperanan sebagai ketua keluarga!

                      Memang benar suami ketua keluarga, tetapi suami bukan bos besar yang boleh menengking atau marah-marah sesuka hati. Bos besar pun takkan cakap lepas sesedap hati kalau reti dan faham status diri.

                      Anda takkan jadi bos besar kalau tiada anak buah lain yang membantu anda. Samalah juga dengan suami, anda takkan mampu menjadi ketua keluarga yang hebat jika tidak dibantu oleh isteri dan anak-anak.

                      Allah swt menetapkan suami sebagai pemimpin bukan sebagai tiket atau lesen bagi para suami untuk bersikap seperti seorang diktator, zalim, sombong serta berkeras terhadap isteri. Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik”. (Surah Al-Nisa’ : 19)

                        Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”. (Hadis Riwayat  Al-Tirmizi).

Dari majalah MW.

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s