~wanita sufi~

RABI’AH AL-‘ADAWIYAH 

Rabi’ah termasuk dalam golongan wanita sufi pilihan yang mengungguli hampir semua tokoh sufi yang hidup sezaman dengannya dalam menempuh jalan menuju Allah. Dengan keunggulan takwa, makrifat dan kezuhudannya, menjadikan Rabi’ah sebagai simbol kewalian yang tiada tandingannya dikalangan kaum sufi wanita. Kesempurnaan dan pelbagai keutamaan jiwanya (fadha;il nafsani) berkembang jauh melampaui kebanyakan wali sufi kurun waktu terkemudian, yang menyebabkan terkenal sebagai “Mahkota Kaum Lelaki”.

Rabi’ah dilahirkan dalam keluarga miskin. Walaupun ayah dan ibunya miskin di dunia ini, tetapi Tuhan memberika mereka kemampuan mengamalkan kezuhudan ketat dan tidak terikat kepada kekayaan kebendaan. Ketika Rabi’ah dilahirkan, diceritakn bagaimana tidak terdapat sehelai kain pun untuk menyelimutinya, tidak ada lampu atau setitik minyak pun untuk menyapu pusatnya. Ayahnya mempunyai 3 orang anak perempuan dan Rabi’ah adalah anak keempat (ar-rabi’ah). Oleh itu dia di namakan Rabi’ah.

Oleh kerana tiada sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran bayi itu, ibu Rabi’ah lalu menyuruh suaminya pergi ke rumah jiran untuk meminjam sebuah lampu dan sedikit minyak. Sekalipun ayah Rabi’ah sudah bersumpah untuk tidak meminta sesuatu apa pun kepada makhluk Allah, dia bangkit berdiri, kemudian pergi ke rumah jirannya. Bagaimanapun dia pulang kembali ke rumahnya sambil berkata kepada isterinya “Mereka semuasedang tidur”. Kemudian dalam keadaan amat sedih dan dukacita, ayah Rabi’ah  pun turut tertidur. Dalam tidurnya itu, dia bermimpi melihat Nabi Muhammad muncul di hadapannya sambil berkata, “Janganlah bersedih. Engkau telah dianugerahi seorang anak perempuan yang akan menjadi wali besar. Syafaatnya diharapkan oleh tujuh ribu orang daripada umatku”.

Sesudah ibu bapa Rabi’ah meninggal dunia, kelaparan hebat melanda kota Basrah. Semua saudara Rabi’ah berpecah, sementara dia sendiri jatuh ke tangan seorang yang kejam yang melelongnya sebagai hamba dengan harga beberapa dirham sahaja. Sebuah riwayat menyatakan bahawa dia pernah bekerja sebagai seorang peniup seruling untuk beberapa waktu lamanya. Kemudian dia bertaubat dan hidup dalam keadaan tanpa rumah di antara puing-puing runtuhan bangunan. Tidak lama kemudian, diamembuat sebuah bilik untuk menyendiri dan hanya melakukan amal ibadah sahaja. Akhirnya, dia pergi ke Makkah dan mengasingkan diri ke padang pasir.

Setiap malam Rabi’ah sibuk dengan amalan bangun malam, manakala pada siang harinya dihabiskannya untuk beribadah kepada Allah swt. Rabi’ah dikatakan meliputi duka yang mendalam dan banyak menangis. Kepada orang lain yang bertanya kepadanya mengapa dia tidak berkahwin, Rabi’ah berulangkali menjawab, “Ikatan perkahwinan berkenaan hanya dengan “wujud”. Akan tetapi, adakah “wujud” dalam diriku? Aku bukanlah milik diriku sendiri, Aku adalah milik-Nya”.

Di dalam rumahnya, hanya ada tikar anyaman yang koyak dan sebuah penyangkut baju yang diperbuat daripada buluh Parsi setinggi 2 meter. Atap rumahnya adalah daripada ranting-ranting pohon palma. Ada juga sebuah bekas air dan sehelai kain bulu di sebelah tempat tidur dan tempat solatnya. Selain itu, ada sehelai tikar anyaman tempat dia meletakkan kain kafannya. Apabila di sebut-sebut tentang kematian di hadapannya, dia gementar dan kelihatan menggigil ketakutan.

Lihatlah betapa kita boleh mengambil iktibar dari cerita tersebut, cuba bandingkan dengan diri kita dan kehidupan kita sekarang…yang miskin sanggup buat apa saja asalkan dapat jadi kaya, yang kaya masih tetap tidak ada rasa puas dengan kemewahan yang ada…semuanya kerana “material”. Saya yakin, jika kita tahu kenapa kita hidup di dunia ini dan untuk apa dunia ini, pasti kita tidak lalai dalam perjalanan hidup kita yang singkat. Cubaan hidup itu nikmat, jika kita menerimanya dengan ikhlas…semoga cerita di atas tadi mendapat manfaat dari pembaca sekalian.WASSALAM

 

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s