~Memburu Kemanisan Iman~

Para ulama’ tasawuf menyatakan, seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara serta melupakan dua perkara:

Ingatlah dua perkara:

a) Kebaikan orang kepada kita

kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan di sebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah swt yang bermaksud:”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda syukur)”. surah al-Dhuha 93:11.

b) Kesalahan kita kepada orang

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lainagar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal, yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan dua perkara:

a) Kebaikan kita kepada orang

Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik padanya. Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah kita dengan Allah. Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum’ah,riyak atau bangga diri.

b) Kejahatan orang kepada kita

Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk “memujuk” manusia kembali kepada-Nya.

Sayangnya, dalam kehidupan ini kita selalu bertindak songsang. Apa yang perlu kita ingat, kita lupakan. Apa yang perlu kita lupakan, kita ingat. Akibatnya, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan kita. Sampai ke tahap ada orang yang menafikan terus adanya kemanisan ini dalam kehidupan. Alhasil, manusia yang renggang dengan Allah akan renggang juga dengan sesama manusia. Dan akhirnya, tidak ada lagi kemanisan dalam hidup ini akibat langsung daripada tidak ada kemanisan iman dalam hati manusia.

edit: Solusi isu#30

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s