~ReNuNgAn bUaT iNsAn YaNg BeRnAmA wAnItA~

wahai wanita,

sungguh dirimu terlalu cantik,

walau bagaimana rupa mu,

dirimu tetap digelar penghiasan dunia…

wahai wanita,

apa lagi yang engkau mahukan,

cukuplah sekadar keperluan yang kau cari,

tak perlu terlalu ikut kehendak hati,

sehingga pakain dan make up buat mu lupa diri,

kamu sudah cantik wahai wanita,

jangan kamu tambahkan lagi kecantikan mu sehingga menjadi seperti hantu,

tapi tambahkanlah kecantikanmu dengan akhlak terpuji,

dan tambahkanlah pakaianmu dengan pakaian sopan,

kerana itu adalah bonus buat dirimu…

wahai insan yang bernama wanita,

bukannya susah untuk berbuat demikian,

buang rasa mahu bermegah dengan kecantikan yang ada,

buang rasa sombong dengan kekayaan yang kau ada,

ingatlah wahai wanita,

kecantikan mu adalah pinjaman yang Allah berikan,

kekayaanmu jua hanya pinjaman yang Allah berikan,

jadi peliharalah ia dengan sebaiknya,

sebab satu hari nanti pasti Ia mahu mengambil barangnya kembali,

jika rosak barang yang dikembalikan,

bersoal jawablah kamu nanti disana…

oleh itu wahai wanita,

segeralah kita insaf…Lillahi Ta’ala…

jadilah wanita yang solehah,

baik dari segi penampilan dan akhlak,

ditambah dengan amalan yang istiqamah,

InsyaAllah…dirimu akan selamat dunia akhirat.

 

By nuraminamyblog

5 comments on “~ReNuNgAn bUaT iNsAn YaNg BeRnAmA wAnItA~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s