~Antara Lelaki & Wanita: Siapa Paling Suka Menipu?~

         

 Antara lelaki & wanita, siapa paling suka menipu? Mesti anda semua juga tertanya-tanya dan sekarang cuba menggunakan otak pemikiran anda untuk mencari jawapan. Tidak terlepas juga, ada yang sedang menyelami diri sendiri dengan mengatakan “aku tak pernah menipu”….. Apa pun sila baca selanjutnya..:-)

 

 

Pada suatu petang  jumaat, saya “jalan-jalan cari makan” kat sebuah pasar malam di negeri Kelantan. Dalam saya meninjau makanan dari satu gerai ke satu gerai, saya berhenti kat gerai yang jual ABC. Mungkin saya datang terlalu awal, jadi persiapannya belum lengkap lagi..sambil saya menunggu penjual tue menyiapkannya, sempat pula si penjual lelaki ni bersembang dengan penjual perempuan sebelah gerainya. Tiba-tiba si penjual lelaki nie menanyakan satu soalan kepada penjual wanita tersebut..” Aku nak tanya mu, antara jate dengan puan, mano hok kuat nipu?”… hehehe…kalo anda tak faham, saya boleh terjemahkan…soalan dia” antara lelaki dan wanita, sape yang paling suka menipu?”.

Lalu terpinga-pinga la si penjual perempuan nie cuba mengorek-ngorek jawapan dari otak kanannya…cuba pula korek jawapan dari otak kiri..dengan muka berkerut-kerut. akhirnya, dengan tak mahu mengalah si penjual perempuan nie beri jawapan; “laki la kuat menipu”..si penjual lelaki pon tanya balik; “sila bagi sebab bakpo awak kata laki yang kuat nipu?”…lagi sekali si penjual perempuan nie berkerut-kerut dahi…mungkin sedang mencari jawapan yang sesuai dan munasabah..hihihi..:D Saya yang menyaksikan kejadian nie,rasa nak tergelak pon ada…tapi saya juga dalam diam-diam cuba juga mencari jawapan dari soalan lelaki nie…Siapa ek yang paling suka menipu?

Mungkin si penjual lelaki nie tahu bahawa si penjual perempuan nie tak dapat jawapan…Akhirnya dia beritahu jwapannya ;”mu tak payah pikir lah, biar aku jawab..jawapan dia puan la kuat nipu”… si perempuan ni rasa tercabar, sebab telah menghina kaumnya..saya pon tercabar sama, tapi diam je la…sebab saya hanya pemerhati,tak terlibat pon dalam konflik nie..huhu. si penjual perempuan nie tanya balik apa yang pernah si penjual lelaki ni cakap kat dia tadi ; ” bakpo mu kata puan nipu? cuba royak sekali dengan bukti”…(kenapa awak cakap perempuan yang menipu? cuba jelaskan dengan bukti sekali).

Maka dengan tersenyum-senyum lelaki nie jawab la, “betul la perempuan yang kuat menipu, hari nie kata xse dah ngandung sebab sakit masa nak beranok..tengok-tengok tahun depan ngandung plok..x nipu ko tue? supo mu la, baru nie mu royak xse ngandung, tengok ah loni..perut besar doh eh”(betul la perempuan yang paling suka menipu, hari ini cakap tak nak mengandung dah sebab dah serik dengan kesakitan masa melahirkan anak…tapi tahun depan mengandung lagi..tue tak menipu ke? seperti awak la, hari tue cakap dah tak mahu mengandung dah, tengok la sekarang..dah besar dah perut”..hahahhaha….bijak jugak otak laki nie….si penjual perempuan tue memang terdiam terus sambil malu-malu…:p

kesimpulannya, wanita memang diciptakan oleh Allah swt dengan satu perasaan halus penuh kasih sayang. Seteruk mana masalah yang dihadapi, dia tetap akan bersabar dan bertahan dengan orang yang dia sayang…Begitulah unik nya seorang wanita..<3

By nuraminamyblog

5 comments on “~Antara Lelaki & Wanita: Siapa Paling Suka Menipu?~

Leave a comment