~perkara yang lelaki perlu ambil tahu tentang wanita~

Lelaki & wanita adalah satu pasangan yang tidak boleh dipisahkan…semakin meningkat usia seseorang, maka lahirlah perasaan ingin memiliki yang pastinya Allah telah tetapkan tiap-tiap mereka pasangan mereka sendiri. Tapi tahukah anda, setiap manusia punya kelemahan tersendiri. Umumnya kita telah ketahui, lelaki lebih sinonim dengan bangun lambat dan majoriti yang selalu qada’ solat subuh adalah lelaki. Dan si ibu,kakak, dan isterilah yang selalu mengejutkan mereka untuk bangun pagi dan juga solat subuh. Betulkan? Tapi sekarang sudah terbalik, pada pemerhatian saya, sekarang ramai wanita juga berperangai demikian.

Jika buat kajian di asrama atau rumah sewa, kebanyakan mereka juga sama keadaan dengan lelaki. Bukan saya hendak merendahkan perempuan, tapi saya ingin membuka mata wanita bahawa sebagai wanita itu adalah bakal menjadi isteri dan ibu kepada suami dan anak mereka kelak. Saya yakin bahawa lelaki tidak penah mengambil berat akan hal ini, tapi sedarkah anda tabiat ini adalah satu tabiat buruk yang boleh merosakkan rumah tangga kelak. Apa akan jadi jika wanita suka bangun lambat:

         1. Solat Subuh: kita sudah tahu lelaki sukar untuk bangun awal. Jikalau si isteri juga berperangai demikian, maka kedua-duanya pasti akan sama2 solat subuh “gajah”. 

        2. Sarapan: Memang tiada sarapan dalam kamus hidup diorang, sebab bila bangun je terus masa untuk “lunch”.

       3. Buang Masa : Apabila dah bangun lambat, separuh masanya waktu pagi sudah terbuang begitu saja.

       4. Terbengkalai : Sepatutnya, waktu pagi adalah waktu untuk masak sarapan, kemas rumah, basuh pakaian dan sebagainya. tapi semuanya terbengkalai kerana lebih suka melayan mimpi di pagi hari. jadi nak salahkan siapa kalo rumah tak terurus?

     5. Puasa: sahur siap2 di malam hari kerana tak mahu bangun awal pagi.

     6. Kerja : sama-sama bangun lambat untuk pergi kerja, pastu mulalah buat muka “bad mood” bila kena marah dengan majikan.

    7. Kesihatan : melayan mimipi lebih indah dari bangun awal waktu tidak kerja untuk bersenam dan bersarapan. Padahal sarapan itu amat penting pada tubuh badan.

    8. Keberkatan : Hilang keberkatan dan rezeki di waktu pagi, kerana malas untuk berusaha.

    9. Anak-anak : anak-anak diajar tidak bersarapan, akhirnya anak-anak juga mengikuti perangai ibu bapa mereka suka bangun lambat.

Diatas adalah antara akibat dari wanita jika suka bangun lambat. Ada lelaki yang tidak kisah, tapi lama-kelamaan adakah anda sanggup? Apabila sudah punya keluarga, si suami pasti mendambakan isterinya akan mengejutkannya di waktu pagi, solat subuh bersama-sama. Si suami juga senang hati melihat isterinya membuat sarapan untuknya, melihat rumah dan pakaian bersih, dan dapat meluangkan masa di waktu pagi dengan melakukan aktiviti yang sihat.

Cuba renung-renungkan wahai wanita, anda masih boleh berubah dari sekarang. Dan masih belum terlambat untuk lelaki menasihati wanita kesanyangan masing-masing. Sesungguhnya Islam itu indah, banyak manfaat jika kita ikut landasan syariat Islam. Binalah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. selamat maju jaya.<3

 

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s