~Keajaiban Susu Ibu~ Suatu Kelebihan Wanita

Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kalenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik saja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.

Fenomena hebat dan ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t. supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya, iaitu sebaik saja dilahirkan. Semasa di dalam kandungan, plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi. selepas dilahirkan, bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t. telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka, iaitu susu Ibu. (Sesungguhnya Allah Maha Pemurah)

Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu, namun tidak berjaya. Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang berlainan antara satu sama lain. Antibodi, hormon, vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu bergantung kepada keperluan bayi susuannya. (Maha Hebat Ciptaan Allah).

Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Dari darah yang merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu, bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproseskan di kalenjar-kalenjar yang terletak di payudara ibu, seterusnya berupaya menhasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali

 

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s