~cinta si buta dan si pekak~

Aiman dan Daniel berkawan baik sejak dari kecil lagi, tapi mereka telah ditimpa kemalangan ditempat kerja sehingga menyebabkan Aiman menjadi buta manakala Daniel telah hilang pendengaran. Namun begitu, persahabatan mereka kuat dan mereka lalui kehidupan seperti orang normal lain dengan hati tenang dengan    membuka sebuah kedai bunga. Interaksi antara Aiman dan Daniel ialah Daniel akan cuba membaca gerak bibir Aiman untuk memahami maksud percakapan Aiman.

Semakin hari,perniagaan mereka makin maju. Walau tidak sempurna orang lain, mereka mampu mencapai kejayaan. Pada suatu hari, mereka berdua berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga. Mereka selalu berdoa kepada Allah agar ditemukan seorang yang mampu menerima mereka seadanya dan dapat melengkapkan hidup mereka.

Tidak lama kemudian mereka telah berkenalan dengan sepasang adik beradik. Yang kakak bernama Yana, manakala adiknya bernama Yati. Perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja itu telah membuatkan mereka menjadi kawan baik. Banyak cerita mereka berkongsi bersama, dan mereka selalu keluar bersiar-siar dan raikan hari lahir bersama. Kehidupan mereka sungguh bahagia.

Yana pernah beritahu yang dia punya sikap buruk,iaitu suka baca novel sampai tengah malam sehingga tidur tidak tutup lampu. Yati juga beritahu yang dia juga punya sikap buruk, iaitu suka mengigau waktu malam. Tapi Aiman dan Daniel menerima keburukan itu dengan hati terbuka. Bagi mereka, Yana dan Yati memang sesuai untuk mereka berdua. Aiman beritahu Daniel,” Aku rasa Yana memang sesuai untuk aku sebab dia tidur tidak tutup lampu, sedangkan aku tutup lampu atau tidak sama je…semuanya gelap”. Mereka berdua ketawa. “Aku pun sama, aku rasa Yati sesuai untuk aku, aku kan pekak…mengigau macam mana kuat pun aku takkan dapat dengar”. Hati mereka berbunga bahagia. Mereka dapat rasakan Allah dah makbulkan doa mereka selama ini. Mereka tidak sabar untuk memberitahu isi hatinya pada Yana dan Yati.

Pada pagi yang dijanjikan, mereka berempat bertemu. Setelah mengumpul kata-kata, Aiman dan Daniel  meluahkan isi hatinya pada pasangan masing-masing. Alangkah hibanya hati mereka berdua, cinta mereka ditolak dengan alasan mereka hanya menganggap mereka sebagai kawan.”Kami kalau boleh mahu mencari pasangan yang sempurna untuk melindungi kami”…Terkedu Aiman dan Daniel, baru mereka sedar…mereka bukan manusia normal, tidak sesuai untuk manusia normal seperti Yana dan Yati. Akhirnya mereka akur…

Enam bulan kemudian, Aiman dan Daniel mendapat berita yang Yana dan Yati telah ditimpa kesusahan. Mereka menanggung hutang yang banyak sebab perniagaannya merosot, sehingga akan menyebabkan segala yang mereka ada akan dirampas. Demi persahabatan yang pernah terjalin, akhirnya Aiman dan Daniel membuat keputusan untuk menolong Yana dan Yati dengan menjual kedai bunga mereka. Itu sahaja yang mampu mereka tolong.

Dengan pertolongan Aiman dan Daniel, perniagaan Yana dan Yati makin pulih. Mereka insaf dan memohon maaf dari Aiman dan Daniel. Tapi bagi Aiman dan Daniel, mereka tolong ikhlas sebagai seorang kawan. Tapi mereka tetap memujuk dan memohon maaf, “Saya yang buta sebab tidak nampak kejujuran cintamu”….”Saya yang pekak sebab tidak dapat mendengar dengupan jantung cintamu”…..Akhirnya, Aiman dan Daniel tetap menerima kembali Yana dan Yati.

p/s: Tiada siapa yang sempurna, hargailah cinta yang hadir…..

By nuraminamyblog

2 comments on “~cinta si buta dan si pekak~

Leave a comment