~ PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN ~

PENDIDIKAN PEMULIHAN

 

  • KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian:

Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.

Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

 

  • RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
  1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka
  2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
  3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

 

  • CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN
  1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar
  2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar
  3. Lebih mudah berputus asa
  4. Lebih mudah mengganggu persekitaran
  5. Lebih mudah ragu-ragu
  6. Cepat lupa
  7. Kurang cerdas dalam pemikiran
  8. Belajar secara lambat
  9. Mundur
  10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi
  11. Kekurangan sosial
  12. Kerencatan akal

 

  • FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN
  1. Faktor psikologi
    1. Kecerdasan mental
    2. Emosi yang tidak stabil

 

  1. Faktor biologi/kesihatan

Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

 

  1. Faktor persekitaran
    1. Terdiri daripada bahasa
    2. Terdiri daripada amalan sekolah

 

  1. Faktor emosi dan social

 

  • CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

 

  1. Pemerhatian
  2. Melihat pada rekod prestasi
  3. Profil peribadi
  4. Ujian kertas dan pensel
  5. Latihan harian

 

  • PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN
  1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
  2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan
  3. Menentukan strategi p&p
  4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
  5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan
  6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

 

  • STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

 

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

 

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.

 

  • PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN
  1. Aspek pendengaran

Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

 

  1. Aspek penglihatan

BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

 

  1. Aspek psikomotor

Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

 

PENDIDIKAN PENGGAYAAN

  • KONSEP PENGGAYAAN

Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

 

  • OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN

Objektif penggayaan untuk murid adalah:

  1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa
  2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
  3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka
  4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar
  5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi

 

  • CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN
  1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi
  2. Menulis (tulisan)    : ayat yang lebih panjang
  3. Mengira (kiraan)    : kiraan yang lebih mencabar

 

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s