~kehilangan~

Seorang wanita tua termanggu sendirian di atas tangga. Wajahnya yang berkedut dan dahinya yang berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang amat membebankan dia. “Mak, masuklah ke dalam…dah nak maghrib ni. Su nak tutup pintu”. Wanita tua tadi sedikit terkejut, dan apa yang bermain di fikirannya tadi terus berlalu pergi bersama angin yang menghembus lembut. Dia lalu bangun dan masuk ke dalam rumah…

“Hello, kak long. Mak sakit la kak long, tolong balik cepat yea?”.

 “Mak sakit teruk ke? Kalau tak teruk, mungkin kak long balik hujung minggu nie. Kak long malas la nak turun naik KL ni. Penat! Kau bagitau je dengan angah”.

“Su dah cuba call abang ngah, tapi dia off telefon. Mak pengsan tadi along…”.

“Sikit-sikit pengsan, padahal bila along balik ok pulak. Erm,tengok la macam mana. K, bye!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

” Along dan angah tak balik lagi ke Su?” Sambil memicit kaki kakaknya. Hanya beza dua tahun, membuatkan dia begitu rapat dengan kakaknya. Tambahan pula dia hanya dua beradik.

“Tak balik lagi mak ngah, Su dah call..terpulang pada diorang la mak ngah. Su tak berani nak cakap lebih-lebih, Su sedar diri su”. Sambil cuba menahan sebak, Su cuba mengukir senyuman. Tapi apakan daya, dah begitu banyak air yang bertakung di kelopak mata sudah tidak kuat di benteng lagi. Akhirnya menjirus ke pipi jua.

“Sabarlah su, mak ngah faham. Kakak dan abang kau yang tak faham apa yang kau dah lakukan. Mak ngah..”. Kata-kata mak ngah tidak dapat di teruskan apabila tangannya di pegang oleh Khalina, kakak nya yang terlantar sakit di katil.

“Lisa, mereka semua tak bersalah. Aku yang bersalah sebab tidak didik diorang dengan betul”.

“Tak betul apa nya Lina? Diorang dah di besarkan dengan cukup, semua bersekolah agama dan sekarang dah dapat kerja bagus. Apa yang tak cukup? Anak bila dah besar dan lebih pandai dari mak bapak dia macam ni la, dah tak hormat ibu bapa”. Khalina memang tak dapat nak kawal perasaannya lagi. Dah lama dia simpan rasa marah ini, sejak arwah khalid masih hidup lagi, iaitu suami kakaknya Khalina.

“Mak, su mintak ampun dengan mak. Su tahu, walau su dah jaga mak..tapi masih tak setanding dengan jasa mak menjaga su dari su dalam kandungan sampai sekarang. Su mohon ampun mak…..”.

“Su, ingatlah. Pesan kat along dan angah, mak sebenarnya dah lama ampunkan dosa kamu semua. Kamu semua anak mak, anak yang mak kandung 9 bulan, mak dah buang rasa kecil hati mak. Kalau mak meninggal, kamu hidup la dengan baik. Jangan bergaduh dan berdengki lagi”.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

” Hah! mak ngah ingatkan kamu berdua ni dah tak nak balik dah?”

“Mak Ngah cakap apa ni? Mesti la kami balik, mak tu kan mak kami”.

“ooo..ingatkan kamu berdua ni dah tak de mak. Mak kau mati dah 2 hari baru korang nak balik. Korang ni tak ada rasa apa-apa ke hah!”. Sekarang Khalisa betul-betul hilang sabar, ingatkan anak saudaranya ni sudah insaf. Rupanya hati mereka berdua masih lagi hitam. Khalisa sudah menganggap anak saudaranya yang 3 orang ni sebagai anaknya, setelah dia berkawin dan tidak di kurniakan zuriat.

” Mak ngah ni apahal? Masuk campur urusan keluarga kami?”.

Pangggg…. Satu tamparan kuat singgah di pipi along. Semua yang ada terkejut. Tidak di sangka mak ngah berbuat demikian. Along hanya menahan pedih pipinya di tampar dan air matanya juga tidak terkecuali gugur membasahi pipi.

“Kenapa kurang ajar sangat ni along?” Khalisa bertanya lembut dalam tangisan, tidak lagi marah-marah seperti tadi. Angah juga tidak dapat menahan air matanya gugur, walaupun dia seorang lelaki. Semua yang ada dalam rumah tu sebak…menangis…pilu…

“Mak ngah sedar, mak ngah hanya mak saudara kamu. Tapi mak ngah dah lama anggap kamu semua seperti anak mak ngah sendiri. Salah ke mak ngah nak nasihatkan anak mak ngah sendiri..darah daging mak ngah sendiri?”.

” Tak salah mak ngah, sekarang kami hanya ada mak ngah. Tempat kami menumpang kasih”. Su tiba-tiba mencelah setelah lama menyepi tadi, su terus memeluk mak ngah dengan erat. esakan keduanya jelas kedengaran.

“Apa salah kami mak ngah, kami rasa apa yang kami buat dah betul. Tiap-tiap bulan kami kirim duit, apa yang tak cukup dalam rumah ni kami sediakan”.

“Betul angah, kamu tahu tak… Duit tu semua tak penting bagi mak ayah kau. Mak dan ayah kau membesarkan kamu semua dalam kemiskinan, dia dah tempuhi itu semua semasa menjaga kamu semua dari kecil. Adakah korang rasa duit itu penting lagi buat mak ayah korang? Mereka hantar kamu semua belajar tinggi-tinggi, bukan untuk mereka tapi untuk kamu semua. Mereka tak mahu kamu merasa susah seperti yang telah mereka rasakan”. Kata-kata lembut mak ngah walaupun dalam esakan masih lagi jelas, dan menyentuh hati along dan angah.

“Mak ngah…..”. Along terus menerkam dan memeluk mak ngah. Suasana pilu makin mencengkam kuat kepada sesiapa yang menyaksikannya.

“Mak ngah, along ingatkan apa yang along dah buat selama ni dah betul. Along…..”. Esakan along makin kuat, dan dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Tapi mak ngah, angah geram dengam ayah sebab dah buat mak begitu. Bila dah senang, boleh pulak kawen lain.”

“Angah, kau tak tahu cerita yang sebenarnya. Ayah kau kawen atas kerelaan mak kau. Latipah tu cinta pertama ayah kau, mak kau suruh ayah kau kawen dengan mak Tipah kau sebab mak Tipah kau dah sakit masa tu. Mak kau tunaikan hajat sahabat baiknya Latipah.”

“Angah tak faham la mak ngah?”

“Sepatutnya ayak kau kawen dengan mak Tipah, tapi keluarga mak Tipah tidak merestui. Lalu Latipah di kawenkan dengan pilihan keluarga. Mak kau tu sahabat baik mak Tipah, setelah sekian lama baru mak kau kawen dengan ayah kau bukan sebab kasihan. Tapi ayah kau sedar mak kau tu baik dan dia mula cintakan mak kau. Satu hari, mak kau terjumpa mak Tipah. Masa tu mak Tipah dah janda dan tidak mempunyai anak, hidup sebatang kara dan menunggu ajal sebab menanggung penyakit kanser. Sebab itu mak kau suruh ayah kau kawen, bukan salah ayah kau”. 

“Jadi…selama ni kami dah salah anggap kat ayah la? Ya Allah… Kenapa gelap sangat hatiku sampai aku jadi anak derhaka….”. Angah menghampiri Khalisa, dia bersujud di kaki khalisa sambil menangis keesakkan. Tangisan along makin kuat setelah mendengar cerita dari mak ngah tadi. Su sudah kering air mata, yang kedengaran hanyalah esakan yang kuat.

“Along, angah…su. Mak dan ayah kamu semua dah pesan kat mak ngah, mereka tak ambil hati pun apa yang kamu dah lakukan. Sebab mereka tahu kamu masih muda, masih ikut emosi.. mereka dah maafkan kamu semua. Yang penting sekarang kamu dah insaf”.

“Memang betul mak ngah, seorang ibu dan ayah terlalu mudah untuk memaafkan kesalahan anak-anaknya. Tapi seorang anak, susah sangat nak maafkan kesalahan mak dan ayah mereka…”.

“Dah la angah, jom kita ke kubur mak dan ayah kamu. Kita sedekahkan Yasin dan mendoakan kesejahteraan mereka disana….<TAMAT>

By nuraminamyblog

One comment on “~kehilangan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s