~POTENSI MANUSIA~

Potensi manusia terbahagi kepada 4:

  • KECERDASAN PELBAGAI

Iaitu satu set keupayaan individu menyelesaikan masalah – cepat memperolehi pengetahuan baru.

Howard Gardner membahagikan kecerdasan kepada 8:-

  1. Kecerdasan logikal matematikal
  2. Kecerdasan visual linguistic (lisan bahasa)
  3. Kecerdasan ruang spitual (seni)
  4. Kecerdasan muzik
  5. Kecerdasan kinestik-badan (suka bergerak/bersukan)
  6. Kecerdasan interpersonal (mudah berhubung dengan manusia)
  7. Kecerdasan interapersonal (pendiam)
  8. Kecerdasan naturalis (minat alam semulajadi)

Rumusan: dalam diri manusia, semua kecerdasan ini ada dalam diri manusia. Cuma tahap peratusan sahaja yang berlainan mengikut individu, dan kecerdasan ini boleh dikembangkan dengan banyak cara.

  • EQ

EQ ialah keupayaan mengenalpasti perasaan diri kita dan orang lain, dan boleh memotivasikan diri sendiri secara rasional.

EMOSI ialah dapat diurus jika memiliki EQ (kecerdasan emosi). Orang yang mampu mengurus emosi, mempunyai kompetensi social yang tinggi. Jika kita memiliki kedua-duanya (emosi + EQ), akan menjadi seorang yang penyantun.

Perasaan manusia: gembira, sedih, marah, bosan, takut, gelisah, dan sebagainya.

Untuk kembangkan EQ pelajar, adalah dengan:-

  1. Kesedaran diri
  2. Empati (memahami masalah yang dialami orang lain dengan mendalam)
  3. Bekerjasama
  4. Mengurus emosi
  5. Berkomunikasi
  6. Menyelesaikan konflik
  • MOTIVASI

Berasal dari perkataan Latin iaitu “movere” yang membawa maksud menggerakkan, iaitu suatu usaha menggerakkan individu.

Jenis-jenis motivasi ada 2:-

  1. Motivasi intrinsik (faktor dalaman / diri sendiri)
  2. Motivasi ekstrinsik (faktor luaran)

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi motivasi ialah :-

  1. Minat (keinginan)
  2. Mampu (kepercayaan)
  3. Lebih tinggi daripada yang lain (sikap, harapan, aspirasi)
  4. Keperluan untuk memperoleh maklumat
  5. Keinginan untuk memahami

Kesan motivasi terhadap pelajar ialah:-

  1. Rasa kebimbangan itu hilang
  2. Adanya perubahan sikap
  3. Sikap ingin tahu tinggi
  4. Persekitaran murid turut menjadi kesan
  5. Sudah berkurang sikap putus asa
  6. Focus kawalan (senang untuk mengawal murid)
  • PERBEZAAN INDIVIDU

Iaitu ketidaksamaan dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi, dan sosial di kalangan individu.

Ia dapat dilihar dari 3 aspek:-

  1. Dari segi Tempereman

–          Ialah straight personaliti, ia diwarisi dari ibu-bapa

  1. Pola persahabatan

–          Merujuk kepada persahabatannya dalam kumpulan ahli keluarga dan sebagainya.

  1. Tahap tenaga

–          Iaitu dari segi stamina seseorang

Aspek yang menunjukkan perbezaan individu dalam kelas semasa proses p&p ialah:-

  1. Jantina, tinggi,rendah, dan sebagainya (fizikal)
  2. Mental
  3. Bangsa
  4. Emosi
  5. Kesihatan
  6. Lokasi tempat tinggal
  7. Status sosial ekonomi
  8. Budaya

Implikasi perbezaan indidvidu dalam p&p ialah:-

  1. Tahap kesediaan belajar berbeza
  2. Objektif p&p
  3. Tingkah laku yang mengganggu pembelajaran
  4. Perbezaan tahap kognitif
  5. Perbezaan personaliti

 

 

Advertisements
By nuraminamyblog

~ PENDIDIKAN INKLUSIF ~

 

v    KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF

Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum.

 

v    KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Ianya terbahagi kepada 2:

  1. Am: program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.
  2. Khusus: merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar, untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa.

 

v    JENIS-JENIS KANAK-KANAK ISTIMEWA

  1. Kerencatan akal (metally retarded)
  2. Bermasalah pembelajaran (learning diasbilities)
  3. Kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders)
  4. Cacat pendengaran dan masalah komunikasi
  5. Cacat penglihatan
  6. Cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)
  7. Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

 

v    PERANAN GURU RESOS DAN GURU BIASA: PENGAJARAN KANAK-KANAK ISTIMEWA SECARA KOLABORATIF DAN KOPERATIF

  1. Bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa
  2. Merancang program pengajaran
  3. Menyediakan alat-alat bantu mengajar
  4. Menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar
  5. Isi pelajaran dan penilaian

*guru resos = guru pendidikan khas

 

By nuraminamyblog

~ PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN ~

PENDIDIKAN PEMULIHAN

 

  • KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian:

Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.

Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

 

  • RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN
  1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka
  2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.
  3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

 

  • CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN
  1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar
  2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar
  3. Lebih mudah berputus asa
  4. Lebih mudah mengganggu persekitaran
  5. Lebih mudah ragu-ragu
  6. Cepat lupa
  7. Kurang cerdas dalam pemikiran
  8. Belajar secara lambat
  9. Mundur
  10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi
  11. Kekurangan sosial
  12. Kerencatan akal

 

  • FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN
  1. Faktor psikologi
    1. Kecerdasan mental
    2. Emosi yang tidak stabil

 

  1. Faktor biologi/kesihatan

Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah “neurologi”, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

 

  1. Faktor persekitaran
    1. Terdiri daripada bahasa
    2. Terdiri daripada amalan sekolah

 

  1. Faktor emosi dan social

 

  • CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

 

  1. Pemerhatian
  2. Melihat pada rekod prestasi
  3. Profil peribadi
  4. Ujian kertas dan pensel
  5. Latihan harian

 

  • PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN
  1. Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan
  2. Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan
  3. Menentukan strategi p&p
  4. Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
  5. Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan
  6. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

 

  • STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

 

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

 

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.

 

  • PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN
  1. Aspek pendengaran

Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

 

  1. Aspek penglihatan

BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

 

  1. Aspek psikomotor

Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

 

PENDIDIKAN PENGGAYAAN

  • KONSEP PENGGAYAAN

Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

 

  • OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN

Objektif penggayaan untuk murid adalah:

  1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa
  2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
  3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka
  4. Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar
  5. Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi

 

  • CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN
  1. Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi
  2. Menulis (tulisan)    : ayat yang lebih panjang
  3. Mengira (kiraan)    : kiraan yang lebih mencabar

 

By nuraminamyblog

~JANGAN Hanya Menunggu TAPI Tiada Usaha~


JANGAN menunggu dimotivasi baru bergerak,
TAPI bergeraklah, maka anda akan termotivasi..

JANGAN Menunggu Boleh baru lakukan,
TAPI Lakukanlah, Anda Pasti Boleh..

JANGAN menunggu bahagia baru tersenyum,
TAPI tersenyumlah, maka anda semakin bahagia..

JANGAN menunggu kaya baru bersedekah,
TAPI bersedekahlah, maka anda semakin kaya..

JANGAN menunggu pasangan yang sempurna baru menikah,
TAPI menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

JANGAN menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
TAPI pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

JANGAN menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
TAPI fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda..

JANGAN menunggu terinspirasi baru menulis,
TAPI menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

JANGAN menunggu projek baru bekerja,
TAPI berkerjalah, maka projek akan menunggumu..

JANGAN menunggu dicintai baru mencintai,
TAPI belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai..

JANGAN menunggu banyak duit baru hidup tenang,
TAPI hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang..

JANGAN menunggu contoh baru bergerak mengikuti,
TAPI bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti..

JANGAN menunggu berjaya baru bersyukur,
TAPI bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu..

JANGAN menunggu insaf baru nak bertaubat,
TAPI bertaubatlah, anda pasti insaf..

JANGAN gagal mencuba
TAPI biar mencuba tapi gagal

JANGAN Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
TAPI katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”

-Apapun masalah, Allah bersama kita,Insya Allah…
P/S by Admin
JANGAN menunggu suka baru nak like page/blog ni,
TAPI klik lah like, anda pasti suka dengan page/blog ni..:-)

By nuraminamyblog

~Say No To Rokok~

Jangan Merokok…!!!!
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan. Ini atas beberapa alasan;

Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

By nuraminamyblog

~KeLeBiHan SoLaT SuNaT DhuHa~

Solat Dhuha
Firman Allah Di Dalam Surah Ad-Dhuha, Ayat 1-5
1.Demi waktu dhuha, 2.Dan malam apabila ia sunyi-sepi – 3.(bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik). 4.Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 5.Dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda – berpuas hati.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur). “Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.Hal Ini berdasarkan Hadits dari Abu Hurairah r.a, katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

KeLebiHaN..!!!
Nabi SAW bersabda bermaksud :
-Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah
– Barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak 4 rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat
– Barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut
– Barangsiapa menunaikanyan sebanyak 8 rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
– Barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).

Doa Solat Sunat Dhuha
Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecatikannya Kecantikan-Mu, Keindahannya Keindaha-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu, Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah, Jika Rezeki Masih Di Langit, Trunkanlah
Jika Di Bumi Keluarkanlah, Jika Sukar Permudahkanlah
Jika Haram Sucikanlah, Jika Jauh Dekatkanlah
Berkat Waktu Dhuha, Kecantikan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan-Mu, Kekuasaan-Mu
Limpahkan Kepadaku Segala Yang Engkau Telah Limpahkan
Kepada Hamba-Hambu-Mu Yang Soleh

By nuraminamyblog

~perkara yang lelaki perlu ambil tahu tentang wanita~

Lelaki & wanita adalah satu pasangan yang tidak boleh dipisahkan…semakin meningkat usia seseorang, maka lahirlah perasaan ingin memiliki yang pastinya Allah telah tetapkan tiap-tiap mereka pasangan mereka sendiri. Tapi tahukah anda, setiap manusia punya kelemahan tersendiri. Umumnya kita telah ketahui, lelaki lebih sinonim dengan bangun lambat dan majoriti yang selalu qada’ solat subuh adalah lelaki. Dan si ibu,kakak, dan isterilah yang selalu mengejutkan mereka untuk bangun pagi dan juga solat subuh. Betulkan? Tapi sekarang sudah terbalik, pada pemerhatian saya, sekarang ramai wanita juga berperangai demikian.

Jika buat kajian di asrama atau rumah sewa, kebanyakan mereka juga sama keadaan dengan lelaki. Bukan saya hendak merendahkan perempuan, tapi saya ingin membuka mata wanita bahawa sebagai wanita itu adalah bakal menjadi isteri dan ibu kepada suami dan anak mereka kelak. Saya yakin bahawa lelaki tidak penah mengambil berat akan hal ini, tapi sedarkah anda tabiat ini adalah satu tabiat buruk yang boleh merosakkan rumah tangga kelak. Apa akan jadi jika wanita suka bangun lambat:

         1. Solat Subuh: kita sudah tahu lelaki sukar untuk bangun awal. Jikalau si isteri juga berperangai demikian, maka kedua-duanya pasti akan sama2 solat subuh “gajah”. 

        2. Sarapan: Memang tiada sarapan dalam kamus hidup diorang, sebab bila bangun je terus masa untuk “lunch”.

       3. Buang Masa : Apabila dah bangun lambat, separuh masanya waktu pagi sudah terbuang begitu saja.

       4. Terbengkalai : Sepatutnya, waktu pagi adalah waktu untuk masak sarapan, kemas rumah, basuh pakaian dan sebagainya. tapi semuanya terbengkalai kerana lebih suka melayan mimpi di pagi hari. jadi nak salahkan siapa kalo rumah tak terurus?

     5. Puasa: sahur siap2 di malam hari kerana tak mahu bangun awal pagi.

     6. Kerja : sama-sama bangun lambat untuk pergi kerja, pastu mulalah buat muka “bad mood” bila kena marah dengan majikan.

    7. Kesihatan : melayan mimipi lebih indah dari bangun awal waktu tidak kerja untuk bersenam dan bersarapan. Padahal sarapan itu amat penting pada tubuh badan.

    8. Keberkatan : Hilang keberkatan dan rezeki di waktu pagi, kerana malas untuk berusaha.

    9. Anak-anak : anak-anak diajar tidak bersarapan, akhirnya anak-anak juga mengikuti perangai ibu bapa mereka suka bangun lambat.

Diatas adalah antara akibat dari wanita jika suka bangun lambat. Ada lelaki yang tidak kisah, tapi lama-kelamaan adakah anda sanggup? Apabila sudah punya keluarga, si suami pasti mendambakan isterinya akan mengejutkannya di waktu pagi, solat subuh bersama-sama. Si suami juga senang hati melihat isterinya membuat sarapan untuknya, melihat rumah dan pakaian bersih, dan dapat meluangkan masa di waktu pagi dengan melakukan aktiviti yang sihat.

Cuba renung-renungkan wahai wanita, anda masih boleh berubah dari sekarang. Dan masih belum terlambat untuk lelaki menasihati wanita kesanyangan masing-masing. Sesungguhnya Islam itu indah, banyak manfaat jika kita ikut landasan syariat Islam. Binalah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. selamat maju jaya.<3

 

By nuraminamyblog

~Antara Lelaki & Wanita: Siapa Paling Suka Menipu?~

         

 Antara lelaki & wanita, siapa paling suka menipu? Mesti anda semua juga tertanya-tanya dan sekarang cuba menggunakan otak pemikiran anda untuk mencari jawapan. Tidak terlepas juga, ada yang sedang menyelami diri sendiri dengan mengatakan “aku tak pernah menipu”….. Apa pun sila baca selanjutnya..:-)

 

 

Pada suatu petang  jumaat, saya “jalan-jalan cari makan” kat sebuah pasar malam di negeri Kelantan. Dalam saya meninjau makanan dari satu gerai ke satu gerai, saya berhenti kat gerai yang jual ABC. Mungkin saya datang terlalu awal, jadi persiapannya belum lengkap lagi..sambil saya menunggu penjual tue menyiapkannya, sempat pula si penjual lelaki ni bersembang dengan penjual perempuan sebelah gerainya. Tiba-tiba si penjual lelaki nie menanyakan satu soalan kepada penjual wanita tersebut..” Aku nak tanya mu, antara jate dengan puan, mano hok kuat nipu?”… hehehe…kalo anda tak faham, saya boleh terjemahkan…soalan dia” antara lelaki dan wanita, sape yang paling suka menipu?”.

Lalu terpinga-pinga la si penjual perempuan nie cuba mengorek-ngorek jawapan dari otak kanannya…cuba pula korek jawapan dari otak kiri..dengan muka berkerut-kerut. akhirnya, dengan tak mahu mengalah si penjual perempuan nie beri jawapan; “laki la kuat menipu”..si penjual lelaki pon tanya balik; “sila bagi sebab bakpo awak kata laki yang kuat nipu?”…lagi sekali si penjual perempuan nie berkerut-kerut dahi…mungkin sedang mencari jawapan yang sesuai dan munasabah..hihihi..:D Saya yang menyaksikan kejadian nie,rasa nak tergelak pon ada…tapi saya juga dalam diam-diam cuba juga mencari jawapan dari soalan lelaki nie…Siapa ek yang paling suka menipu?

Mungkin si penjual lelaki nie tahu bahawa si penjual perempuan nie tak dapat jawapan…Akhirnya dia beritahu jwapannya ;”mu tak payah pikir lah, biar aku jawab..jawapan dia puan la kuat nipu”… si perempuan ni rasa tercabar, sebab telah menghina kaumnya..saya pon tercabar sama, tapi diam je la…sebab saya hanya pemerhati,tak terlibat pon dalam konflik nie..huhu. si penjual perempuan nie tanya balik apa yang pernah si penjual lelaki ni cakap kat dia tadi ; ” bakpo mu kata puan nipu? cuba royak sekali dengan bukti”…(kenapa awak cakap perempuan yang menipu? cuba jelaskan dengan bukti sekali).

Maka dengan tersenyum-senyum lelaki nie jawab la, “betul la perempuan yang kuat menipu, hari nie kata xse dah ngandung sebab sakit masa nak beranok..tengok-tengok tahun depan ngandung plok..x nipu ko tue? supo mu la, baru nie mu royak xse ngandung, tengok ah loni..perut besar doh eh”(betul la perempuan yang paling suka menipu, hari ini cakap tak nak mengandung dah sebab dah serik dengan kesakitan masa melahirkan anak…tapi tahun depan mengandung lagi..tue tak menipu ke? seperti awak la, hari tue cakap dah tak mahu mengandung dah, tengok la sekarang..dah besar dah perut”..hahahhaha….bijak jugak otak laki nie….si penjual perempuan tue memang terdiam terus sambil malu-malu…:p

kesimpulannya, wanita memang diciptakan oleh Allah swt dengan satu perasaan halus penuh kasih sayang. Seteruk mana masalah yang dihadapi, dia tetap akan bersabar dan bertahan dengan orang yang dia sayang…Begitulah unik nya seorang wanita..<3

By nuraminamyblog

~Kaedah-Kaedah Mendidik Anak~

Menurut Sigmund Frued, kepribadian seseorang itu dibentuk ketika usianya masih kecil.. apa yang didapatkan ketika ia kecil akan mempengaruhi kepribadiannya ketika ia dewasa. Maka dengan itu, kanak-kanak haruslah diberi pola pendidikan yang baik agar mereka menjadi orang yang baik kelak. Berikut merupakan kaedah-kaedah mendidik anak..

 

1.Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengkritik.

2.Jika kanak-kanak hidup dalam pemusuhan, mereka akan belajar bergaduh.

3.Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan sentiasa berasa bersalah,

4.Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar menjadi penyabar.
.
5.Jika kanak-kanak hidup dalam sanjungan, mereka akan belajar menghargai.

6.Jika kanak-kanak hidup dengan saksama, mereka akan belajar menjadi adil.

7.Jika anak-anak hidup dengan kesejahteraan, mereka akan belajar menghargai diri.

8.Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran, mereka akan belajar bercakap benar.

9.Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan, mereka akan belajar kasih sayang.

*Jika kaedah yang kita gunakan adalah baik, maka anak akan membesar dan menjadi orang baik. Begitu juga sebaliknya. Maka dengan itu, pilihlah kaedah mendidik anak dengan cara yang paling baik..

By nuraminamyblog

~selalulah ingat diri~

siapa kita untuk berkata begitu begini…

adakah merasa diri itu hebat sekali?…

selalu lah ingat diri…

bahawa kita hanya pinjaman dari Illahi…

tak salah bila berkata…

yang salah bila mengguris rasa…

selalu lah ingat diri…

manusia semua tidak sama seperti yang kita fikiri…

nasihat menasihati itu baik…

menerima nasihat orang lain juga lebih baik…

selalulah ingat diri…

manusia ini selalu lupa diri…

kalau ada salah sila betulkan…

jangan pula mudah bermain hukuman…

selalulah ingat diri…

dosa dan pahala itu milik Tuhan pencipta alam ini…

 

SEMOGA KITA SENTIASA MENGENAL DIRI…<3

By nuraminamyblog