~Tahukah anda~

Kalau korang baca ni, jgn gelak taw…:

1. Tahukah anda apabila 350 ml air yg di ambilkan dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yg mengandungi 150 ml air suling dan di biarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius, akan menghasilkan satu cecair yg di namakan air masak.

2. Percayakah anda yg air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah di buat , seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat di siapkan.

3. Sebuah kereta yg di panju selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yg di pandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut di pandu dari arah yg bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa inggeris dan….Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dlm film La Dolce Vita yg diterbitkan oleh Federico Fellini pd tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yg bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama paparazzi. 

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah di cipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama di gunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga di gelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yg berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimana pun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila di ganggu. Apabila cicak menyedari yg dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskannya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lg.

8. Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang kesarangnya walaupun telah keluar kadang kala hingga beribu kilometer daripada  sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung sebenarnya mempunyai alamatnya yang tersendiri.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimana pun org yg kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yg berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan.

12. Tahukah anda orang yg tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan, dan harta dunia ialah orang utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam di makan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami tindak balas yg berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh di guna sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yg di makan itu dibelanja oleh kawan kita.

Muahahahaa……:-p

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s