~hukum hiburan~

*Pengertian Hiburan

Al-Lahwu (hiburan) ialah semua perkara  yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidurnya. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.

*Jenis-jenis Hiburan

Ada di antara hiburan yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan keburukan. Ia sekadar melupakan manusia seketika daripada memikirkan perkara yang serius atau isu-isu besar. Terdapat juga hiburan yang memberikan kesan yang buruk kepada manusia seperti menyemai sifat suka membuang masa dan mengabaikan tanggungjawab hidup. Ada juga hiburan yang memberikan kesan yang baik seperti menyemai sifat suka melakukan kerja-kerja kebajikan dan melatih manusia berhadapan dengan kesukaran.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, hiburan boleh dikategorikan kepada 3 jenis:

     a) Hiburan yang tidak mempunyai sebarang kesan, sama ada kesan baik mahupun buruk kepada manusia. Hukum nya adalah makruh. Contohnya, berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan jenaka yang tidak berfaedah. Perbuatan ini dianggap membuang masa tanpa memberikan sebarang faedah.

     b) Hiburan yang membawa keburukan kepada individu dan masyarakat. Hukumnya adalah haram dan tidak boleh diamalkan. Contohnya sama seperti hiburan yang pertama tadi, tetapi pelakunya keterlaluan berhibur hingga mengabaikan tanggungjawabnya, seperti mengabaikan sembahyang, bekerja mencari rezeki, atau menanam nilai yang tidak baik seperti berbohong dan mengabaikan aspek akhlak dalam pergaulan dengan orang lain. Demikian juga dengan majlis nyanyian yang disertakan dengan dendangan alat muzik yang diharamkan atau disertai oleh wanita atau pelayan.

     c) Hiburan yang membawa kebaikan kepada individu dan masyarakat. Hiburan jenis ini dibenarkan. Malah amalan ini mungkin digalakkan bergantung sejauh mana faedah yang diperolehi. Contohnya hiburan yang telah di sebutkan sebelum ini seperti perlumbaan, pertandingan memanah dan permainan yang berfaedah untuk peperangan dan lainnya. Iaitu apa sahaja hiburan yang boleh diterima oleh rasional manusia.

(kutipan dari kitab fikah Mazhab Syafi’e)

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s