~tegur menegur~

Aku sebenarnye x berape pandai nak menulis, tapi hari ni rase tertarik nak meluahkan dan cuba jugak nak menulis.. Kalu agak-agak bace ayat x sedap tuh, pham2 je lah.. Orang x pandai menulis le kabokan.. huhu.. Ap yg penting? kerjasama. Eh, Silap..!! Ap yang penting luahan aku ni bermanfaat untuk korang-korang yang nak bace.. Aaammiinn!!

Setiap manusia itu perlukan teguran dan mahu menegur. teguran berlaku di mana-mana, orang yang menegur dan orang yang di tegur juga berada di mana-mana. kerana apa? kerana teguran itu penting untuk manusia. Teguran yang paling bermakna itu adalah teguran dari orang-orang yang kita sayang sebab itu bukti orang yang kita sayang itu betol2 sayang pada kita. Contohnya Ibu-Bapa, adik-beradik, n pasangan hidup kita.

Orang Yang Menegur

Manusia memang tidak lepas dari kesalahan kerana Allah menciptakan manusia itu dengan dua potensi iaitu potensi baik dan potensi buruk. Yang menjadi perbezaan adalah banyak dan sedikitnya kesalahan. Disebabkan itu, maka adanya orang yang menegur. Orang yang memberi teguran haruslah orang yang dipercayai supaya teguran itu hidup.

Sebelum seseorang itu menegur, ada baiknya orang itu mencermin dirinya terlebih dahulu supaya tegurannya itu lebih bermakna dan bermanfaat. Jikalau merasa diri kita bercirikan orang yang suka menegur atau mengkritik, pastikan teguran atau kritikan tersebut tertuju kepada diri kita sebelum ianya menuju ke jiwa yang lain.

Orang Yang Ditegur

Disebabkan kepribadian manusia itu berbeza-beza, ia akan melahirkan sifat dan sikap yang berbeza dalam diri setiap manusia. setiap orang akan mengeluarkan respons yang berbeza apabila menerima teguran. Ada yang menerima dan ada juga yang menolak.

Teguran itu kebiasannya bersifat membina. Orang yang menegur itu pada hakikatnya mahu membetulkan diri kita yang mungkin sudah tersalah langkah. Oleh sebab itu sebaiknya kita tidak menolak atau memarahi orang yang mahu menegur kita kerana teguran itulah yang membuatkan kita sedar.

Orang yang bijak pandai adalah orang menerima kritikan dari orang lain dan berusaha mengubahnya (yang dikritik itu).

Tegur Menegur

Orang yang menegur harus bersedia menerima teguran, orang yang ditegur juga mahu menegur. Begitulah pentingnya teguran dalam hidup manusia. Dalam Al-Quran juga disebut “Berilah Peringatan” supaya manusia itu tidak leka dan alpa. Dalam lagu-lagu juga banyak menyebutkan tentang tegur menegur. Ini telah melambangkan bahwa teguran itu sangat penting dalam apa jua situasi, penting untuk Agama juga Bangsa… Semoga Bermanfaat

P / S

Sebarang pertanyaan boleh la diajukan. InsyaAllah penulis akan menjawab. Nak jawapan dari sudut pandang Syariah boleh, jawapan dari sudut pandang kaunseling pon boleh. Sebb dua penulis dalam Blog ni berlatar Belakangkan pendidikan tersebut.. sekian Wassalam..!!

By nuraminamyblog

Leave a comment