3 Golongan Mengisi Neraka Jahanam Selama Tujuh Kali Umur Dunia

Dari Ali bin Abi Talib: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia”. Mereka adakah:

1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

3. Orang yang alim tapi jahil

              Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa 3 golongan manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama 7 kali umur dunia.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula penciptaannya sehingga berlaku hari kiamat. Huraian untuk 3 golongan itu adalah seperti berikut:

a) Orang yang gemuk tapi kurus

~ Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama di akhir haidnya.

~ Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu perihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah.

~Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardhu wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis kenduri kendara.

~ Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang ditinggalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya, di samping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah tetapi ramai wanita tidak mengambil berat fidyah yang wajib ditunaikan.

~sebahagian wanita yang berkemampuan masih menangguh kewajipan menunaikan fardhu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong.

b) Orang yang berpakaian tetapi telanjang

~Wanita yang cukup pakaian tetapi tidak taat pada agama seperti wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan di dada.

~Mereka seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang). Sesuailah dengan hadis Nabi yang mengatakan wanita berpakaian seksi tidak mencium bau syurga. Rasulullah bersabda maksudnya:”Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya; lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan lenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian”. (Hadis Riwayat Muslim)

c) Orang yang alim tapi jahil

~Ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi.

~Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah.

~Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

~Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal, antaranya mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu tertentu atau kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

~Selain itu, takut kepada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu itu supaya manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan hidup.

~Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan diharamkan Allah atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya, maka ulama seperti itu amat di benci olah Allah.

Marilah kita menginsafkan diri dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah. Buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi mukmin yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah. Kita diberi pilihan untuk memilih jalan yang lurus atau bengkok. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga, sedangkan jalan yang bengkok adalah jalan menuju neraka.

Oleh: Datuk Mohd Zawawi Yusoh

By nuraminamyblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s