~ Mengapa Salahkan Takdir? ~

Kita selalu mendengar rungutan dan kesalan dari bibir-bibir manusia yang mengatakan “sudah takdir nak buat macam mana”. Sedarkah anda kata-kata itu umpama satu rajukan kita pada Maha Esa? Mengapa anda salahkan takdir sedangkan anda sendiri yang melakukannya, yang membuat keputusannya!

“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia,

maka semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala)

sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu

memanjatkan doa untuknya”.

(Riwayat Muslim)

Ingatlah, musuh utama kita adalah SYAITAN. Kita seringkali lupa pada syaitan walaupun kita mempercayai kewujudan syaitan yang telah bersumpah akan menghancurkan umat Nabi Muhammad saw. Manusia hanya pandai menunding jari pada takdir. Sedangkan takdir itu kembali pada siapa?…Allahu Akhbar!

Bukti Allah sayangkan kita, Allah beri kita akal. Untuk apa? Untuk berfikir yang memerlukan kita menuntut ilmu. Tapi berapa ramaikah yang menuntut ilmu kerana Allah? Kebanyakkan hanya menuntut ilmu untuk mengejar sehelai kertas yang di cop Degree, Master dan PHD. Jadi tidak hairanlah mereka pun senang di goda syaitan walaupun belajar tinggi.

Allah bagi kita akal untuk mencari ilmu sehingga kita mengenal diri kita, mengukuhkan iman kita. Sehingga kita dapat berfikir yang mana baik dan yang mana buruk serta menguatkan lagi iman dan akidah kita. Allah telah berfirman: “Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah antara para hambaNya hanyalah orang yang berilmu”. (surah Fatir:28)

Allah tidak zalim pada hambaNya, buktinya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat hambaNya. Kerana Allah tahu,hambaNya dimusuhi syaitan. Sebab itulah Allah beri kita akal, iaitu satu bekalan untuk kita didunia dalam melawan musuh-musuh Allah. Dan orang yang berjaya, syurga lah hadiahnya.

Oleh itu, marilah kita semua memperbanyakkan mencari ilmu, baik di institusi-institusi tinggi, kitab-kitab, alam maya, secara face to face atau sebagainya. Dan sedarlah, syaitan sentiasa mencari ruang di hati kita apabila kita lemah. Dan kita tidak sedari bahawa kita telah mengikut tipu daya syaitan sehingga kita melakukan kemungkaran dan kemudharatan pada diri kita sendiri. Apabila kita tersedar, kita menyesal dan mengatakan itu takdir. Sedangkan Allah telah menyedarkan kita dari tipu daya syaitan, sepatutnya kita patut bersyukur pada Allah telah membuat kita sedar, dan kita seharusnya banyak berdoa pada Allah agar dikuatkan iman dan diampunkan dosa kita. Itulah sebaiknya, bukan menyesal dan meyalahkan takdir.

:: Ya Allah, Jauhilah Aku Dari Godaan Syaitan ::

By nuraminamyblog

Leave a comment